Friday, August 7, 2015

Trip to Melaka - Part 2

Hari ini, bermulalah hari yang ceria berjalan-jalan di Melaka.  Orang kata melawat Melaka, bererti melawat separuh Malaysia.  Moh le kita...



Aku parking di Jalan Tan Cheng Lok berdekatan Baba & Nyonya Heritage Museum sebab senang nak ke sana terus.  Kat sini pakai kupon parking dan boleh dapatkan kupon ni kat kedai-kedai kat sini je.  Ala, sepanjang jalan banyak kedai yang jual kupon ni.  Memang senang nak cari.  Sejam 60 sen je.  So, letak la banyak-banyak kupon kalo nak parking lama-lama.

 Macam ni la contoh letak kupon parking.  Letak 3, 4 keping terus.  Senang

First nak pergi Baba & Nyonya Heritage Museum.  Tiket RM16 seorang.  Sekali, museum ni tutup sebab berhenti rehat jap.  Museum ni buat konsept tour.  Masuk pastu tunggu orang lain, pastu sekali jalan dengan tourist yang lain.  Diorang tak bagi ko merayap sorang-sorang kat sini dan lagi satu no pictures.  Bagi aku agak rugilah bayar tiket pastu tak boleh ambil gambar.  Bila pikir-pikir, malaslah nak masuk.  Jom pergi tempat lain...


Kalau dah sampai kat town, memang wajib cuba cendol jam besar ni.  Lagi-lagi makan dalam keadaan panas cenggini.  Pergh..  Memang marvelous!  Sebab lapar, makan sekali dengan nasi lemak kat kedai sebelah.  Sedap juga weh..


Kincir angin peninggalan Belanda yang terletak di pinggir sungai Melaka




Sempat lagi tangkap gambar kat tingkap jam besar.

Wishing stairs..  Hehehehe



Sebab tak jadi masuk Baba & Nyonya Heritage Museum, jadi aku pergi kat Muzium Sejarah & Ethnografi yang terletak selepas laluan tangga merah tu.  Tiket masuk RM5 je.  Haa kan murah tu.  Siap ada aircond lagi.

 Japanese ceramics

 Adat perkahwinan Melayu

 Pakaian tradisional masyarakat Melayu

Rumah Melaka

Lepas dah puas berjalan-jalan sekitar Muzium Sejarah & Ethnografi ingatkan nak pergi ke muzium-muzium lain.  Disebabkan dah petang, banyak muzium yang dah tutup.  Kebanyakkan muzium tutup pukul 5pm.  Hurm, rugi keluar lambat kan...  So jalan-jalan tangkap gambar je la..

Maritime Museum



Lepas tu aku pon balik kat hotel untuk rehat jap.  Sekali tersangkut kat depan TV tengok cerita Mak Cun lak.  Hahahaha



Malam ni keluar lambat sikit.  Lepas Isyak baru keluar.  Makan malam hari ni di Asam Pedas Claypot.  

 Aku amik asam pedas telur ikan, nasi putih dan telur dadar.  Otak-otak Melaka memang kena makan sekali sebab best.  Dua orang makan lebih kurang RM40++

Sebab penat berjalan-kaki hari ni, balik terus tido

Zzz Zzz Zzz

Monday, August 3, 2015

Trip to Melaka - Part 1

As-salamualaikum semua...

Aku dulu belajar kat Melaka.  2 tahun kat Teknik Jasin dan 3 tahun kat UTeM.  Tapi memang tak pernah pon aku jalan sungguh-sungguh kat Melaka tu.  Aku cuma pergi shopping mall, wayang dan kedai makan yang murah.  Hehehe..

So, last week aku berkesempatan pergi ke Melaka.  Yeah!!!!  Dalam pukul 3 petang macam tu aku pon gerak dari Putrajaya dan tiba di Bandar Hilir.  Sebelum tu aku dah buat reservation untuk hotel penginapan..  Nasib tinggal satu je bilik.  Kalo tak, memang tak tahu la nak stay kat mana.  Aku sampai dalam pukul 5 petang.  Aku pilih Fantasy Hotel untuk menginap.

Ni la rupanya Fantasy Hotel dari luar

Masuk je hotel ni aku terus check in.  Janji nak sampai pukul 4pm sekali terlewat sejam pulak.  Nasib tak da bagi kat orang lain..  Hotel ni terletak betul-betul kat Bandar Hilir.  Nak pergi Dataran Pahlawan, Mahkota Parade dan Maritime Museum memang jalan kaki je..

 London decoration at main desk

Macam ni la suasana kat front desk.  Memang sarat dengan decoration.  Sangat kreatif :)

Hotel ni bukan 5 bintang la kan..  Dekat rumah kedai je pon.  Breakfast tak disediakan tapi boleh guna pantry 24jam.  Ada biskut, kopi, milo etc..  Satu malam RM88 (nett).  Waktu call dia cakap dalam RM98 tapi bila dah sampai dan aku cakap first time menginap kat sini, terus dia bagi discount RM10 :)

Decoration memang terbaik.  Setiap bilik ada tema.  Macam aku, nasib dapat tema Hello Kitty.  Aku tanya owner tu dia kata tema lain macam Doraemon, Naruto etc. 


Ni la rupa tema bilik Hello Kitty.  Memang comel giler.  Wi-Fi disediakan pada setiap bilik tapi coverage tak berapa nak cun walaupon full bar.  Johor still the best Wi-Fi ever (tetiba)

Disebabkan sampai pon dah petang, aku plan nak keluar lepas Maghrib je la.  At first ingatkan nak pergi Jonker Walk, Jonker Walk tutup!!  Buahahaha..  Rupa-rupanya Jonker Walk buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je.  Takpe lah..  takde rezeki.



So, malam tu aku jalan-jalan kat sekitar Melaka River Cruise, Casa del Rio dan Hard Rock Cafe.  Aktiviti hanya bergambar sana, bergambar sini je.  Hehehe...  Setelah berjalan-jalan beberapa km, rasa macam lapar, so terus la misi mencari kedai makan di Jalan Laksamana.

Malam tu aku pilih Pak Putra Tandoori & Naan Restaurant untuk santapan.  Rata-rata cakap roti naan dia memang terbaik.  The best naan in Malaysia katanya..  So, marilah kita cuba. 

Perjalanan lebih kurang 20 minit je dari Bandar Hilir.  Aku pakai google map, senang.  Kedainya berhampiran dengan claypot asam pedas.



Aku pilih plain naan, ayam tandoori dan orange juice.  Pergh, memang sedap siot roti naan dia.  Memang lembut dan chewy gitu.  Huhuhuhu  Patutlah sampai full seat.  Servis pon tip top.  Takde la lama sangat menunggu walaupon customer ramai.

Perut pon sudah kenyang, marilah balik tidur.  Esok nak jalan-jalan lagi.  Krohh..  Krohh...

Sunday, May 10, 2015

Putrajaya Central

As-salamualaikum semua...


Kami sekeluarga baru balik dari Langkawi trip 3D2N.  Perjalanan kami bermula dengan Putrajaya Central.  Kami park kereta kat situ je sebab murah.  Hehehehe..  Mula-mula sampai tu macam wow!  Besar giler tempat ni.  Padahal Putrajaya Central ni depan rumah je pon =D  Tak berpeluang nak jalan-jalan kat sini sebelum ni.


Ni parking rate kat Putrajaya Central.  Total parking kami RM10.00 untuk 3D2N.  Murah giler kan?? Kalau parking kat airport tak tahulah kena berapa puluh ringgit.  Hurm.. Kami bayar ni lepas balik dari Langkawi.  Jangan hilangkan resit lak. 

Parking kat sini best sebab parking berbumbung.  So, takde la nak risau kereta berhujan panas.  Time aku pergi ni tengah holiday panjang..  1 Mei & replacement of Wesak day, so memang agak full jugak parkingnya sebab ramai yang balik kampung.  Lucky us, dapat jugak parking..


Lepas dah settle park the car, kitorang terus ke kaunter tiket untuk ke KLIA2.  2 dewasa dan 1 kanak-kanak.  Tapi disebabkan Adam baru setahun jagung, so tiket FREE.  Ooo yeah!!!  So, total tiket untuk 2 dewasa (one way) ialah RM12.40 sahaja.

Ni kaunter tiket nya.  Kaunter tiket ni memang bukak 24 hours.

Adam suka betul naik train.  Siap cakap train laju..

Lepas sampai kat KLIA2, yang ni kita skip je..  Sebab betul-betul bad experience sebab kitorang missed our flight.  Sedih..  sob2

Sebab sedih sangat, Langkawi trip cerita lain kali je la..

OK Bye-bye


Saturday, November 23, 2013

Tips Barangan Rumah Yang MESTI Ada

Assalamualaikum semua.. 

Al-hamdulillah.. Sudah 2 tahun hasil perkahwinan kami dan telah dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel..macam chomel jer? :P


Now, my baby almost turn to 6 month old..

Ok, back to the story...

Now, aku and hubby tinggal di Putrajaya dan disini aku ingin sharekan beberapa tips untuk newbie barang-barang yang perlu ada di rumah jika sedara-mara, rakan-rakan and sape-sape je lah yang datang atau tidur dirumah korang..  Aku pon takde lah terrel sangat tapi bolehlah.. :P

Barang-barangnya adalah seperti berikut:

Towel

Selimut

Bantal

 Toto / lapik tidur

Toiletries pon kena sentiasa ada juga untuk bilik air tambahan.  Barang-barangnya seperti berikut:-

  
 Shower gel

Extra toothbrush & toothpaste


Makanan yang perlu sentiasa ada didalam peti ais kalo tetamu datang :-

Nugget

fries

Ok. Tu je tips yang cipot nak dikongsikan bersama..  Anak dah bangun tidur pulak...  Semoga bertemu lagi...

~BYE ~

Monday, January 28, 2013

My Pets yang Comelllsss

Assalamualaikum semua...

After get married, my hubby decide untuk membela 2 ekor kucing (sepasang).  At first, memang tak setuju langsung sebab siapa yang nak dipertanggungjawabkan buang taik bagai?  Siapa nak bagi makan?  Lagi pon waktu tu tengah tinggal sebumbung dengan umi lagi sementara nak menunggu kuarters kerajaan.  Memang aku tak setuju 100%.  Tapi lepas hubby dah pujuk, pastu tunjuk gambar kucing tiap-tiap hari, rasa kesian la pulak...  So, OK la..  Kita bela k cayang.....

Kitorang adopt 2 ekor kucing yang comel ni from cats rescuer name Titin.  At first, kitorang bela sorok-sorok sebab takut umi tau (simpan dalam bilik tu).  Umi memang dah pesan awal-awal jangan bawak balik kucing sebab at last nanti memang dia yang kena jaga.  Hehehe

Waktu adopt budak 2 ekor ni, diorang kecil lagi.  Nak panjat katil pon tak sampai...  So, terpaksalah pakai cadar yang meleret-leret supaya diorang boleh cengkam cadar tu dan naik atas katil.  Comel sangatkan?  Ooo lupa lak nak introduce.  Nama si kuning tu Puss (male) and si hitam tu Lemon (female). 

Kitorang adopt A Boy named Puss

and D Gurl named Lemon  

Hari pertama jaga, masih malu-malu lagi dengan kitorang..  Tapi mesti nak tidur sebelah jugak :)  Second day, badan si Lemon dah panas.  Pastu muntah-muntah.  Kitorang berdua risau sangat sebab takut Lemon mati.  Next day, my husband hantar pergi veterinar untuk dapatkan medicine.  Doktor said Lemon kena flue jerr, so doktor bagi satu injection and some medicine.  Huisy, nasib Lemon tak apa-apa.  Risau mama n papa (gediks)..  Selang dua tiga hari Lemon dah OK and kembali aktif.  Ngeh2..

 Waktu ni Lemon kena flue..  Kelakar tido celah-celah bantal

 Duduk dalam bilik je cz bela sorok-sorok

 Ni gambar kat Putrajaya.  Tidur pon nak berdua jer..  Gedikks


After 3 months bela sorok-sorok (umi tau rasanya), then kitorang moved to Putrajaya.  Al-hamdulillah permohonan kuarters diluluskan.  Yeay!  Kitorang pon bawak la sekali budak dua ekor ni bersama..


Puss dan Lemon membesar bagaikan juara bersama-sama kitorang..  Walaupon umur diorang ni tak sampai setahun lagi, tapi size badan masing-masing, mak aiiii..  Gemokss sangat..  Especially si Puss sebab selagi makanan tu tak habis, dia tak henti-henti makan.  Pernah sekali tu kitorang pergi vacation for a week.  Mula-mula macam nak letak kat pets hotel.  Tapi disebabkan perasaan was-was (takut diorang pukul or tak bagi makan) kitorang letak je kat rumah dengan makanan berbekas-bekas.  After vacation, sampai je rumah kitorang tengok semua makanan dah habis.  Licin!!  Pastu tengok Puss kenapa besar sangat?  Lemon dengan size yang normal.  Rasanya makanan tu habis dalam masa dua hari je kot??  Eee Puss ni..


 Dalam entry yang lepas, aku ada post yang aku berbadan dua kan?  So, sejak berbadan dua ni, balik rumah je mesti terbesin sebab tak tahan dengan bulu-bulu Puss dan Lemon yang berterbangan.  Lepas tu mata mesti merah and gatal-gatal.  Setiap pagi aku bangun dengan mata yang merah.  Pernah sekali tu, disebabkan tak tahan dengan gatal yang teramat sangat aku gosok dengan sekuat hati then mata aku bengkak macam bola.  Nasib weekends.  Kalo tak malu je ngan colleagues :P


Hubby aku yang concern sangat ni, decide untuk bagi budak dua ekor ni kat new adopter.  Aku pulak memang tak setuju sebab dah sayang sangat kat mereka berdua..  Tapi lepas hubby aku bagi tau maybe lepas baby lahir, bulu diorang akan lekat kat mainan and risau baby akan sakit.  So, aku pon setuju la dengan decision my hubby..

Once again my hubby dapatkan pertolongan Titin untuk advertise Puss dan Lemon.  Syarat-syaratnya mesti adopt kedua-duanya sekali sebab mereka berdua ni memang tak boleh dipisahkan.  Selang dua minggu, dah ada yang berminat.  My hubby contact me to share the news.  Automatically, rasa sebak sangat and terus nangis.  Dah la nak amik malam ni jugak pulak tu..  Lagi nangis :(  Seperti yang dijanjikan, new adopter datang untuk ambil Puss dan Lemon.  Mula-mula relax lagi der..  Tapi lepas nak masukkan Puss dan Lemon ke dalam kereta, waktu tu memang dah meleleh-leleh air mata jatuh..   Eeee buat malu jer..  Pastu menyorok-nyorok belakang hubby sebab malu kat new adopter.


 Gaya bebas Lemon waktu tidur

Malam sebelum tidur, tengok gambar-gambar diorang dan nangis lagi.  Bangun tidur pon nangis lagi.  Sikit-sikit nangis sebab terlalu rindukan diorang sangat-sangat.  Bila malam hubby pon message to new adopter and tanya macam mana keadaan diorang.  New adopter said Puss ok but Lemon selalu terkam kucing kesayangan diorang..  Tak sangka pula Lemon tetiba jadi garang.  My hubby said, maybe it will take times tapi kalo Lemon still macam tu, takpalah boleh pulangkan balik.  On the next day, new adopter message to my hubby and said that she can't adopt Lemon because of Lemon too fierce to her beloved cat.  Aku pon bukan main suka la kan....  Tapi hubby ask her to give back both since they indeed can't be seperated.  New adopter agreed.  Lemon dan Puss selamat dipulangkan ke tangan kami.  Rindu sangat-sangat siap peluk cium bagai.  Hehehe

 Puss ni sangat manja dengan hubby aku

 Gaya bebas Puss tidur

 Tapi hubby still nak lepaskan Puss dan Lemon and still do the advertising dan masih ada lagi yang nak adopt.  Adusy...  Aku pon try la pujuk rayu hubby.  Cakap yang aku tak sanggup berpisah dengan diorang.  Lagi pon temporary adopter ada bagi suggestion untuk bagi vitamin supaya bulu tak gugur.  Ucu aku pon cakap maybe makanan tak sesuai.  Aku dengan bersungguh-sungguh pujuk laki aku.  Nasib laki aku cakap OK.  Kalo tak, maybe aku bawak lari kot diorang ni.  Hehehehehe

 So, Puss dan Lemon kekal bersama kami.  Aku akan try mempertahankan hak mereka berdua :P walaupon aku alah dengan bulu.  Aku akan try tukar makanan diorang seperti di suggest oleh kawan-kawan aku dan hantar to vet untuk dapatkan khidmat nasihat.

 Puss baru lepas mandi.  Erm, wangi...

Aku sayang sangaaaaaaaaaaaaaatt kucings aku..

Thanks for reading.