Friday, August 7, 2015

Trip to Melaka - Part 2

Hari ini, bermulalah hari yang ceria berjalan-jalan di Melaka.  Orang kata melawat Melaka, bererti melawat separuh Malaysia.  Moh le kita...



Aku parking di Jalan Tan Cheng Lok berdekatan Baba & Nyonya Heritage Museum sebab senang nak ke sana terus.  Kat sini pakai kupon parking dan boleh dapatkan kupon ni kat kedai-kedai kat sini je.  Ala, sepanjang jalan banyak kedai yang jual kupon ni.  Memang senang nak cari.  Sejam 60 sen je.  So, letak la banyak-banyak kupon kalo nak parking lama-lama.

 Macam ni la contoh letak kupon parking.  Letak 3, 4 keping terus.  Senang

First nak pergi Baba & Nyonya Heritage Museum.  Tiket RM16 seorang.  Sekali, museum ni tutup sebab berhenti rehat jap.  Museum ni buat konsept tour.  Masuk pastu tunggu orang lain, pastu sekali jalan dengan tourist yang lain.  Diorang tak bagi ko merayap sorang-sorang kat sini dan lagi satu no pictures.  Bagi aku agak rugilah bayar tiket pastu tak boleh ambil gambar.  Bila pikir-pikir, malaslah nak masuk.  Jom pergi tempat lain...


Kalau dah sampai kat town, memang wajib cuba cendol jam besar ni.  Lagi-lagi makan dalam keadaan panas cenggini.  Pergh..  Memang marvelous!  Sebab lapar, makan sekali dengan nasi lemak kat kedai sebelah.  Sedap juga weh..


Kincir angin peninggalan Belanda yang terletak di pinggir sungai Melaka




Sempat lagi tangkap gambar kat tingkap jam besar.

Wishing stairs..  Hehehehe



Sebab tak jadi masuk Baba & Nyonya Heritage Museum, jadi aku pergi kat Muzium Sejarah & Ethnografi yang terletak selepas laluan tangga merah tu.  Tiket masuk RM5 je.  Haa kan murah tu.  Siap ada aircond lagi.

 Japanese ceramics

 Adat perkahwinan Melayu

 Pakaian tradisional masyarakat Melayu

Rumah Melaka

Lepas dah puas berjalan-jalan sekitar Muzium Sejarah & Ethnografi ingatkan nak pergi ke muzium-muzium lain.  Disebabkan dah petang, banyak muzium yang dah tutup.  Kebanyakkan muzium tutup pukul 5pm.  Hurm, rugi keluar lambat kan...  So jalan-jalan tangkap gambar je la..

Maritime Museum



Lepas tu aku pon balik kat hotel untuk rehat jap.  Sekali tersangkut kat depan TV tengok cerita Mak Cun lak.  Hahahaha



Malam ni keluar lambat sikit.  Lepas Isyak baru keluar.  Makan malam hari ni di Asam Pedas Claypot.  

 Aku amik asam pedas telur ikan, nasi putih dan telur dadar.  Otak-otak Melaka memang kena makan sekali sebab best.  Dua orang makan lebih kurang RM40++

Sebab penat berjalan-kaki hari ni, balik terus tido

Zzz Zzz Zzz

No comments: