Monday, August 3, 2015

Trip to Melaka - Part 1

As-salamualaikum semua...

Aku dulu belajar kat Melaka.  2 tahun kat Teknik Jasin dan 3 tahun kat UTeM.  Tapi memang tak pernah pon aku jalan sungguh-sungguh kat Melaka tu.  Aku cuma pergi shopping mall, wayang dan kedai makan yang murah.  Hehehe..

So, last week aku berkesempatan pergi ke Melaka.  Yeah!!!!  Dalam pukul 3 petang macam tu aku pon gerak dari Putrajaya dan tiba di Bandar Hilir.  Sebelum tu aku dah buat reservation untuk hotel penginapan..  Nasib tinggal satu je bilik.  Kalo tak, memang tak tahu la nak stay kat mana.  Aku sampai dalam pukul 5 petang.  Aku pilih Fantasy Hotel untuk menginap.

Ni la rupanya Fantasy Hotel dari luar

Masuk je hotel ni aku terus check in.  Janji nak sampai pukul 4pm sekali terlewat sejam pulak.  Nasib tak da bagi kat orang lain..  Hotel ni terletak betul-betul kat Bandar Hilir.  Nak pergi Dataran Pahlawan, Mahkota Parade dan Maritime Museum memang jalan kaki je..

 London decoration at main desk

Macam ni la suasana kat front desk.  Memang sarat dengan decoration.  Sangat kreatif :)

Hotel ni bukan 5 bintang la kan..  Dekat rumah kedai je pon.  Breakfast tak disediakan tapi boleh guna pantry 24jam.  Ada biskut, kopi, milo etc..  Satu malam RM88 (nett).  Waktu call dia cakap dalam RM98 tapi bila dah sampai dan aku cakap first time menginap kat sini, terus dia bagi discount RM10 :)

Decoration memang terbaik.  Setiap bilik ada tema.  Macam aku, nasib dapat tema Hello Kitty.  Aku tanya owner tu dia kata tema lain macam Doraemon, Naruto etc. 


Ni la rupa tema bilik Hello Kitty.  Memang comel giler.  Wi-Fi disediakan pada setiap bilik tapi coverage tak berapa nak cun walaupon full bar.  Johor still the best Wi-Fi ever (tetiba)

Disebabkan sampai pon dah petang, aku plan nak keluar lepas Maghrib je la.  At first ingatkan nak pergi Jonker Walk, Jonker Walk tutup!!  Buahahaha..  Rupa-rupanya Jonker Walk buka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad je.  Takpe lah..  takde rezeki.



So, malam tu aku jalan-jalan kat sekitar Melaka River Cruise, Casa del Rio dan Hard Rock Cafe.  Aktiviti hanya bergambar sana, bergambar sini je.  Hehehe...  Setelah berjalan-jalan beberapa km, rasa macam lapar, so terus la misi mencari kedai makan di Jalan Laksamana.

Malam tu aku pilih Pak Putra Tandoori & Naan Restaurant untuk santapan.  Rata-rata cakap roti naan dia memang terbaik.  The best naan in Malaysia katanya..  So, marilah kita cuba. 

Perjalanan lebih kurang 20 minit je dari Bandar Hilir.  Aku pakai google map, senang.  Kedainya berhampiran dengan claypot asam pedas.



Aku pilih plain naan, ayam tandoori dan orange juice.  Pergh, memang sedap siot roti naan dia.  Memang lembut dan chewy gitu.  Huhuhuhu  Patutlah sampai full seat.  Servis pon tip top.  Takde la lama sangat menunggu walaupon customer ramai.

Perut pon sudah kenyang, marilah balik tidur.  Esok nak jalan-jalan lagi.  Krohh..  Krohh...

No comments: